Alam
sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan
negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Selain daripada itu juga,alam sekitar adalah merupakan habitat bagi
semua penghuni di alam ini.Contohnya binatang, fauna dan flora.
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah
titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan
diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21.
Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang
membolehkan generasi semasa, memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan
kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu
dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh
harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia.
Selaras dengan seruan ini,maka SMK Lokman Hakim mengambil cabaran ini untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari. Sekolah
Lestari adalah Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk
persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum,kokurikulum dan
penghijauan. Sekolah Lestari juga dapat di definisikan sebagai Anugerah
Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan
nilai murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras
dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah
pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan
bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab
ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan
tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Objektif
Sekolah Lestari ini adalah untuk memupuk nilai murni alam sekitar pada
kalangan warga sekolah.Selain daripada itu juga, ia dapat meningkatkan
tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa
pelajar-pelajar sekolah sememangnya perlu peka terhadap perkembangan dan
aspek-aspek yang berkaitan dengan alam sekitar.Objektif seterusnya
pula, adalah menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra
alam dengan berkesan.Melalui sekolah lestari ini ia dapat meningkatkan
kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan
alam sekitar dan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
No comments:
Post a Comment