o Mewujudkan visi dan misi pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
o Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan kurikulum dan ko kurikulum tahunan sekolah.
o Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, kakitangan sokongan dan wakil pelajar.
o Mewujudkan
kerjasama di antara pihak sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain agensi untuk
pelaksanaan program-program pendidikan alam sekitar.
o Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah
o Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah.
o Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan.
o Memberikan
pendedahan mengenai nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan
memperuntukan kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai
program pendidikan alam sekitar.
o Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah.
o Menganjurkan dan melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar.
o Mengadakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.
o Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan buangan secara terancang.
o Merancang,
mengurus dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya/toksik seperti
sisa-sisa makmal/bengkel/Ekonomi Rumah Tangga (ERT)/Kemahiran Hidup (KH)
secara selamat melalui peraturan yang ditetapkan.
o Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum.
o Memberikan
pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan
terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam
sekitar.
o Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar.
No comments:
Post a Comment