SMK LOKMAN HAKIM

SMK LOKMAN HAKIM

Minit Mesyuarat Lestari




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LOKMAN HAKIM

MINIT MESYUARAT LESTARI BIL.3 / (2013)

Tarikh                          : 4 Mac 2013

Masa                           : 2.30 petang

Tempat                        : Bilik Mesyuarat SMK Lokman Hakim

Pengerusi                    : Pengetua (Pn. Hjh. Rusidah bt. Saian)

Kehadiran(Bilangan)   : 40 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada


1

PERUTUSAN PENGERUSI                                                     
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nora binti Md Noor
Disokong untuk pengesahan oleh En. Azmi bin Mahabob

3

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1  Pengerusi meminta agar guru-guru memberi idea untuk penambahbaikan program kelestarian sekolah memandangkan target sekolah untuk pertandingan sekolah lestari peringkat kebangsaan
Tindakan : Semua guru

3.2  Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat dengan projek lestari agar menyediakan laporan projek untuk dokumentasi
Tindakan : Semua guru

3.3  Pengerusi menyatakan bahawa inovasi berkaitan projek lestari seperti inovasi projek pendidikan khas, tadahan air, kebun durian, sungai yang sepadan dan aktiviti di sungai.
Tindakan : Guru yang terlibat

3.4  Pengerusi menyatakan bahawa SMK Lokman Hakim akan dijadikan sebagai sekolah dalam taman dan sekolah dalam dusun.
                                                                              Tindakan : Semua guru

3.5  Pengerusi meminta semua guru agar meletakkan jadual bertugas di taman-taman dan stesen-stesen masing-masing
                                                                             Tindakan : Semua guru

3.6  Pn. Nora binti Md Noor menyatakan bahawa hasrat untuk mengadakan jamuan lestari, iaitu minuman jus limau secara percuma mungkin tidak kesampaian kerana pokok tidak berbuah. 
                                                                              Tindakan : Semua guru

3.7  Pengerusi menyatakan bahawa pokok-pokok tersebut perlu diletakkan kalbet pada setiap pokok dan perlu dibaja agar dapat hidup lebih subur.
                                                                     Tindakan : Guru yang terlibat

3.8  Pengerusi menyatakan hasrat untuk menubuhkan ajk untuk video korperat dan laman web mesti sentiasa dikemaskini. Video korperat mesti sentiasa diupdate sepanjang masa
                                                                      Tindakan : Guru yang terlibat

3.9  Pengerusi menyatakan bahawa Projek takungan air perlu diberi tumpuan, iaitu tong besar perlu diturunkan untuk tempat wuduk bagi 4 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.
                                                                     Tindakan : Guru yang terlibat

3.10 Pengerusi menyatakan bahawa resepi lestari perlu dihantar oleh   
        semua guru untuk difailkan
                                                                              Tindakan : Semua guru

3.11 Pengerusi menyatakan bahawa taman oren masih tidak menampakkan 
kesesuaian dengan taman yang diberi. Guru yang terlibat di taman tersebut perlu memikirkan pokok dan tanaman yang sesuai untuk taman tersebut
                                                                    Tindakan : Guru yang terlibat

PROGRAM PENAMBAHBAIKAN 2013


4

PROGRAM PENAMBAHBAIKAN 2013

4.2. Pengerusi memaklumkan agar guru-guru menghantar resepi lestari dengan cara memaparkan gambar guru dan dan hasil resepi yang dibuat. Cadangan pada hari khamis seramai 6 orang guru seminggu untuk memasak resepi lestari. Jadual aktiviti memasak akan diuruskan oleh Pn. Rosnita bt. Shairi
                                                                             Tindakan: Semua guru

4.3 Pengerusi menyatakan bahawa sekolah akan mengadakan lawatan di sekolah SMK Seri Aman yang merupakan sekolah lestari peringkat negeri
                                                                                    Tindakan: Semua guru 

4.4 Pn. Norizan bt. Mohamad menyatakan bahawa sekolah akan memilih beberapa orang pelajar dari tingkatan 2 Arif dan 2 Bijak untuk projek Wira Alam. Projek ini memberi peluang kepada para pelajar sama ada secara individu mahupun kumpulan untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
                                                                                    Tindakan: Semua guru

4.5 Pn. Norizan binti Mohamad juga meminta setiap guru yang menjalankan aktiviti kokurikulum agar menyelitkan elemen lestari seperti larian lestari.
                                                                                    Tindakan: Semua guru

4.6 Pn. Norizan bt Mohamad juga menyarankan agar guru-guru membawa pelajar ke stesen lestari bagi aktiviti PdP
                                                                                    Tindakan: Semua guru

4.7 Pn. Norizan bt. Mohamad menyatakan informasi pelajar mesti tepat berkaitan taman masing-masing terutamanya taman Sains yang menjadi tumpuan utama. Guru sains perlu memainkan peranan untuk pembentangan di taman sains.
                                                                                    Tindakan: Semua guru

4.8 Pn. Norizan bt. Mohamad meminta agar guru kelas menceriakan kelas masing-masing dengan unsur alam sekitar sesuai dengan sekolah lestari
                                                                          Tindakan: Semua guru kelas

4.9 Pn. Norizan bt. Mohamad menyatakan bahawa guru yang terlibat dengan skuad air dan elektrik perlu mengumpul data air dan elektrik dan disimpan dalam fail.
                                                                          Tindakan: Guru yang terlibat

4.9.1 Pn. Norizan bt. Mohamad mencadangkan untuk mengadakan aktiviti berbasikal dalam program lestari kerana sambutan belia agak baik.
                                                                                    Tindakan: Semua guru

4.9.2 Pn. Norizan bt. Mohamad menyatakan bahawa baja kompos dan racun serangga perlu disediakan secukupnya dan sentiasa dipantau.
                                                                          Tindakan: Guru yang terlibat

4.9.3 Pn. Norizan bt. Mohamad juga meminta guru yang terlibat dengan pengurusan sisa makanan di kantin agar menguruskannya untuk baja kompos
                                                                          Tindakan: Guru yang terlibat

5

HAL-HAL LAIN
Tiada. Mesyuarat diteruskan dengan pengurusan PBS.

PENUTUP
a.    Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
b.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang




















No comments:

Post a Comment